Selasa, 15 Juni 2010

ARTI HIDUP

HIDUP KITA CUMA DALAM 3 HARI :
1. Semalam - Sudah menjadi sejarah
2. Hari Ini - Apa yang sedang kita lakukan
3. Esok - Hari yang belum pasti

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik dari hari
yang pertama. Jangan mengharap hari yang ketiga karena mungkin ajal
kita pada hari yang kedua.

HIDUP KITA CUMA DALAM 2 NAFAS :
1. Nafas Naik
2. Nafas Turun

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian
Allah swt secara percuma dan carilah keridhaanNya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang
terakhir keluar dari tubuh bersama Nyawa dan Roh untuk meninggalkan
dunia yang fana ini.

HIDUP KITA CUMA ADA 2 PILIHAN :
1. Hidup dalam keridhoan Allah
2. Hidup dalam kemurkaan Allah

HIDUP KITA YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
1. Kekal didalam neraka
2. Kekal didalam surga

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan.

Kelezatan dan kesejahteraan surga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh
fikiran kita

Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SURGA tetapi tidak
beribadah, umpama seorang yang mau menaiki kapalterbang tetapi tidak
mempunyai BOARDING PASS.

Dan mereka yang sengaja melalaikan Ibadah, Umpama mengirimkan sepucuk
surat tanpa melekatkan perangko apabila ditanya bagaimana surat itu akan
sampai pada penerimanya... lalu dia pun berkata perangkonya akan dihantar
kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam hal ini :-
1. Dia mungkin didenda
2. Segala suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang
Allah kurniakan kepada kita....Sekurang-kurangnya Allah telah beri
udara secara percuma untuk kita berdo'a mengingati Allah setiap detik
, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa
yang tenang...lalu masuk kedalam surga dalam keadaan kita ridho dan Allah
meridhoi.

“ Hai Jiwa yang tenang , kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang Puas lagi diridhai-Nya , maka masuklah kedalam jamaah hamba-hamba-Ku dan masuklah kedalam surga-Ku